Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia UCI: Peraturan baru peralatan berbasikal trek dunia, Azizulhasni-Beasley kongsi persiapan negara

j

Sukan berbasikal trek sama seperti formula satu.

Perspektif itu disuarakan jaguh dunia kebanggaan negara, Datuk Azizulhasni Awang, merujuk kepada pendekatan sains sukan dalam sukan tersebut.

Advertisement

Ymum mengetahui, sukan berbasikal trek saban tahun mengetengahkan ideologi dan kepakaran terkini demi mencapai impak maksima.

Ketibaan kuasa besar sukan berbasikal trek di Velodrom Nasional Nilai menjelang Piala Dunia UCI memberi peluang keemasan buat kem negara mengintai kemajuan terkini seteru utama.

Difahamkan, pusingan ini menjadi medan terakhir untuk melakukan kajian dan pembangunan dalam membangunkan teknologi terbaru.

"Ia harus diuji dalam Piala Dunia dan Kejohanan Dunia kerana Sukan Olimpik melarangnya.

"Kami mahu melihat sejauh mana situasinya kerana banyak perubahan diketengahkan," kata Pengarah Teknikal Program Berbasikal Negara, John Beasley.

Tambah Azizulhasni: "Perkara kecil boleh menjadi penentu dan kemenangan sering ditentukan dengan jurang kecil.

""Banyak perubahan peralatan diketengahkan terutama rangka basikal termasuk helmet.

"Ini adalah kitaran terakhir peralatan yang boleh diguna kerana selepas Kejohanan Dunia, kami akan menggunakan peraturan baru."

Topik Berkaitan

Must Watch Video