Pelumba berbasikal trek negara, Nur Alyssa Mohd Farid, menyimpan impian untuk berlumba bersama idolanya, Emma Finucane, dari Wales yang juga merupakan pemenang emas Sukan Olimpik serta dua kali juara dunia.
Baginya, jika peluang itu menjadi kenyataan, ia ibarat satu penghormatan besar buat dirinya yang baru sahaja ‘merangkak’ dalam saingan pecut elit antarabangsa selain menjadi tonik terbaik untuk meningkatkan keyakinan.
Advertisement
Baru sahaja tiba dari Hong Kong selepas pusingan kedua Piala Dunia Trek UCI, Alyssa kini meletakkan sasaran untuk memperbaiki catatan masanya dalam acara individu menjelang pusingan terakhir itu di Velodrom Nasional Malaysia Nilai, hujung minggu ini.
Dalam pada itu, Alyssa dijadualkan beraksi dalam tiga acara iaitu keirin, pecut dan pecut berpasukan.
“Saya rasa tidak mustahil untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Saya hanya mahu fokus pada catatan masa dan beri yang terbaik untuk mencabar pelumba lain,” katanya kepada Nadi Arena.