Skip to main content

Advertisement

Berbasikal

Piala Dunia UCI berpotensi nikmati suntikan geran padanan

hahaa

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, mengesahkan ada kebarangkalian penambahan atau pengurangan dalam geran padanan yang akan diberikan kepada Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), bagi melancarkan penganjuran Piala Dunia UCI di Nilai pada 24 April ini.

Bagaimanapun, keputusan tersebut hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Advertisement

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum keputusan tersebut dibuat termasuk mengambil kira tahap kejohanan dan kadar semasa yang masih dalam perbincangan.

"Ia harus bersesuaian dengan (tahap kejohanan) seperti Piala Dunia.

"Jawatankuasa akan meneliti segala permohonan geran padanan sukan itu sendiri," katanya yang ditemui ketika lawatan ke Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Program Road to Gold (RTG) dijangka mengadakan mesyuarat bulan depan bagi menilai semula hala tuju serta strategi pembangunan sukan negara.

Sebarang keputusan termasuk perubahan atau langkah baharu akan diumumkan selepas mesyuarat berkenaan.

Dr. Mohammed Taufiq turut melontarkan keyakinan terhadap keberkesanan Program RTG dalam membantu atlet mencapai prestasi terbaik di peringkat antarabangsa.

"Kami dijangka akan bermesyuarat pada bulan depan untuk meneliti apa jua yang berkenaan sukan dan strateginya.

"Dengan petukaran KSU yang baru yang akan turut berada dalam RTG.

"Apa pun, kami sangat optimis dengan program ini dan kita mampu capai yang terbaik," katanya.

 

Must Watch Video