Saluran sukan terkemuka negara, Astro Arena terus komited dalam usaha megangkat martabat serta meraikan atlet tanah air menerusi siaran langsung Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 yang akan membuka tirai bermula 24 April ini.
Kejohanan yang menghimpunkan barisan atlet berbasikal terbaik dunia itu dijadual berlangsung selama tiga hari di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan sekali gus menjanjikan pengalaman berbeza dan penuh keterujaan buat peminat sukan tanah air.
Advertisement
"Sangat susah untuk melihat sukan bertaraf dunia beraksi di Malaysia
"Tanggungjawab kami untuk mengekalkan kualiti pengeluaran yang tinggi
"Dan memastikan kejohanan dunia ini mampu dinonton oleh rakyat Malaysia" kata Nicholas John, Ketua Bahagian Sukan Astro
Sebagai penyiar rasmi yang sentiasa menyokong pembangunan sukan negara, Astro Arena menggalas tanggungjawab besar untuk terus memperkasakan atlet tempatan melalui liputan komprehensif merentasi semua platform.
Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan setiap aksi menarik Piala Dunia Trek UCI secara langsung di saluran 802, selain menikmati kandungan menyeluruh menerusi platform digital Astro Arena.