Kurang 48 jam sebelum pusingan akhir Piala Dunia Trek UCI 2026 membuka tirai di Negeri Sembilan, ketua jurulatih skuad endurance negara, Amir Mustafa Rusli, berharap anak buahnya dapat memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk menunjukkan sesuatu yang berbeza.
Amir mengakui saingan kali ini dijangka lebih sengit dengan kehadiran pelumba elit dunia, tetapi tetap mahu melihat perkembangan positif daripada barisan pelumba negara, khususnya Lau New Joe, yang dianggap antara pelumba endurance terbaik di Asia ketika ini.
Advertisement
"New Joe sekarang berada pada tahap tertinggi dalam kalangan pelumba Malaysia dan berada dalam kelompok 20 pelumba terbaik ranking dunia UCI," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Amir turut menyifatkan Piala Dunia Trek UCI di Velodrom Nasional Malaysia Nilai sebagai medan penting untuk pelumba endurance negara menimba pengalaman di pentas tertinggi, terutama bagi yang pertama kali beraksi dalam saingan elit.