Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia Trek UCI: Lau New Joe anggap kegagalan awal sebagai ‘wake-up call’

Lau New Joe anggap kegagalan awal sebagai ‘wake-up call’

Pelumba berbasikal trek endurance negara, Lau New Joe mengakui penyingkiran awal dalam acara omnium lelaki menjadi satu tamparan hebat buat dirinya.

New Joe hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-13 dengan kutipan tujuh mata, sekali gus gagal melepasi peringkat kelayakan dalam aksi tersebut.

Advertisement

Menurutnya, beberapa kesilapan ketika perlumbaan menjadi faktor utama kegagalan untuk bersaing dengan kelompok terbaik.

New Joe yang sepatutnya turut beraksi dalam acara elimination race semalam, melihat keputusan ini sebagai satu 'wake-up call' untuk memperbaiki prestasi pada masa akan datang.

Mengulas mengenai tahap kecergasan selepas baru pulang daripada UCI Track Nations Cup di Hong Kong, New Joe menegaskan faktor keletihan tidak boleh dijadikan alasan.

Katanya, semua pelumba lain turut berdepan jadual padat dan perlu mengharungi perlumbaan berterusan sepanjang musim.

Di sebalik kekecewaan kecewa, pelumba endurance negara itu tetap optimis untuk bangkit dan memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Pengalaman ini dilihat penting dalam membentuk mentaliti lebih kuat, khususnya menjelang kejohanan-kejohanan besar akan datang.

Kegagalan di peringkat awal mungkin pahit untuk ditelan, namun bagi Lau New Joe, ia hadir tepat pada masanya sebagai peringatan untuk kembali lebih kuat dalam saingan seterusnya.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video