Skip to main content

Berbasikal

Piala Dunia Trek UCI: Badan saya masih belum bersedia -- Shah Firdaus akui belum capai tahap terbaik

Piala Dunia Trek UCI: Badan saya masih belum bersedia -- Shah Firdaus akui belum capai tahap terbaik

Olimpian negara, Shah Firdaus Sahrom, mengakui tahap fizikalnya masih belum berada pada kondisi terbaik selepas tersingkir awal dalam acara keirin lelaki di UCI Track Nations Cup 2026.

Shah gagal mara ke pusingan kedua, sekali gus tidak mencapai sasaran peribadinya untuk sekurang-kurangnya melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.

Advertisement

Menurut Shah Firdaus, keadaan kaki kanan yang masih belum pulih sepenuhnya menjadi faktor utama yang menjejaskan prestasinya.

“Badan saya masih belum bersedia,” jelasnya ringkas, menggambarkan cabaran yang dihadapi untuk kembali ke tahap kompetitif tertinggi.

Walaupun keputusan tidak memihak kepadanya, Shah melihat penyertaan dalam saingan Piala Dunia ini sebagai satu ‘eksperimen’ penting.

Ia memberi gambaran sebenar tahap semasa kecergasan serta kemampuan dirinya untuk bersaing dengan pelumba elit dunia.

Perjuangan Shah bagaimanapun belum berakhir apabila beliau dijadualkan turun dalam acara pecut individu pada hari terakhir pertandingan.

Dia berharap dapat mencipta kejutan dari segi catatan masa, seperti yang pernah dilakukannya dalam pusingan kedua di Hong Kong sebelum ini.

Walaupun belum berada di tahap terbaik, pengalaman di Nilai menjadi medan penting buat Shah Firdaus untuk menilai semula prestasi dan kembali lebih kuat.

Dengan satu lagi acara menanti, peluang masih terbuka untuk beliau menutup kempen dengan nota lebih positif.

Must Watch Video