Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia: Sepak takraw Malaysia sasar juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jais

Ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, mensasarkan untuk muncul juara keseluruhan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang akan diadakan di Kuala Lumpur (KL) pada 12 hingga 24 Mei depan.

Bagaimanapun, fokus utamanya kini terarah kepada memperkemas corak permainannya bagi memastikan misi kejuaraan dalam acara berpasukan berjaya dicapai.

Advertisement

Menurutnya, setiap pemain kini sedang dinilai secara teliti untuk meletakkan senarai yang benar-benar berkualiti untuk menyertai kejohanan berprestij itu.

Latihan bulan puasa dibahagikan kepada dua sesi dan ia diadakan pada sebelah petang menghampiri waktu berbuka dan satu lagi sekitar jam 10 malam selepas solat Tarawih.

"Pasukan telah memulakan persiapan.

"Memandangkan edisi terdahulu kita tewas dalam acara berpasukan.

"Kami mahu perbaiki acara berpasukan dan berusaha mengekalkan kejuaraan bagi regu dan kuadran," katanya di Nadi Arena.

26 negara bakal mengambil bahagian pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 ini.

Must Watch Video