Skip to main content

Hoki

Piala Dunia Remaja Wanita: Young Tigress sudah 90% sedia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

young tigress

Tiga hari sebelum berangkat ke Santiago, Chile bagi saingan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita, persiapan akhir skuad negara kini di tahap 90 peratus.

Cabaran getir menanti Young Tigress dalam kejohanan itu apabila diundi bersama tiga pasukan gergasi dunia, iaitu Belanda, Jepun dan tuan rumah, Chile.

Advertisement

Ketua jurulatih, Lailin Abu Hassan, berkata dia mahu pasukannya sekurang-kurangnya mendapatkan tempat ketiga kumpulan berkenaan.

Baginya, ia satu sasaran realistik sebagai penanda aras sasaran berada dalam kelompok 20 pasukan terbaik dunia tercapai.

"Dalam persiapan terakhir ini, kami dapat mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki selepas kami pulang daripada perlawanan ujian di China baru-baru ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

"Saya menyasarkan untuk kami sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga dalam kumpulan supaya dapat layak ke pusingan kedua.

"Kami sedar ada 24 pasukan tahun ini dan pasukan kita berada di kedudukan ke-20 atau 21, jadi saya mengharapkan kami akan dapat kedudukan terbaik," katanya.
 

 

Must Watch Video