Skip to main content

Hoki

Piala Dunia: Pengadil Malaysia harap 'jaga' perlawanan suku, separuh akhir

Antha

Sukan hoki terus mengharumkan nama Malaysia di pentas global, namun ia bukan tentang cerita kemaraan The Speedy Tigers ke Piala Dunia 2026, tetapi ini cerita inspirasi Anbananthan Rawi yang dipilih untuk mengadili kempen berprestij itu di Belgium dan Belanda pada Ogos hadapan.

Anbananthan bakal melakukan penampilan kedua dalam Piala Dunia selepas turut dipilih pada edisi terdahulu di India -- di mana dia berjaya mengadili lima perlawanan.

Advertisement

Untuk rekod, Anbananthan merupakan pengadil kedua negara selepas Eric Koh turut mengadili pentas tertinggi dunia itu.

"Semuanya berdasarkan prestasi.

"Saya harap saya dipilih mengadili perlawanan suku akhir atau separuh akhir.

"Persediaan harus tinggi dan tidak membuat kesilapan," katanya.

Selepas pengesahan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Anbananthan menjadikan Liga Hoki Malaysia (LHM) sebagai pentas pemanas badan dan mengasah kualiti serta mutu pengadilannya menjelang saingan Piala Dunia 2026.

"Bahasa Inggeris saya perlu lebih baik.

"Tahap satu permainan sekurang-kurangnya melebihi tujuh kilometer (km).

"Jadi, stamina dan kecergasan perlu bagus," katanya lagi.

Kerja keras Anbananthan sejak 2010 dibalas dengan peluang keemasan mengadili di pentas tertinggi dunia.

Kenikmatan yang dimilikinya ketika ini hasil 'restu' dan peluang yang diberikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Must Watch Video