Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Paolo Maldini kembali curahkan bakti demi Itali

gg

Legenda Itali, Paolo Maldini, dilantik sebagai pengarah teknikal Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dalam usaha Itali untuk mengembalikan pasukan kebangsaan ke landasan yang tepat berikutan kegagalan ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Maldini - yang 126 kali menyarung jersi Itali -- memainkan peranan yang sama selama empat tahun di AC Milan, di mana dia telah menghabiskan seluruh kerjaya beraksi dan membantu pasukan itu memenangi tujuh gelaran Serie A.

Pelantikan baharunya itu dibuat selepas Giovanni Malago dipilih sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) bulan lalu, sebaik mengetuai jawatankuasa penganjur untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina pada Februari lalu.

"Presiden Giovanni Malago dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Paolo Maldini telah menerima jawatan sebagai pengarah teknikal persekutuan," kata FIGC dalam satu kenyataan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video