Bukan rezeki Nazmi Nasaruddin kali ini.
Pentas Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada menyaksikan tiada pengadil dari Malaysia terpilih untuk mengendali perlawanan.
Advertisement
Ia, selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan senarai penuh pengadil yang layak termasuk 88 pembantu dan 30 pegawai video bantuan pengadil (VAR) dari enam konfederasi bersamaan wakil dari 50 negara.
Ready for the @FIFAWorldCup 🙌
Congratulations to all of the match officials who will be heading to Canada, Mexico and the United States this June! pic.twitter.com/GeeAsiRYIO— FIFA (@FIFAcom) April 9, 2026
Ini menjadikan Subkhiddin Salleh kekal sebagai satu-satunya pengadil Malaysia yang pernah bertugas dalam saingan Piala Dunia pada 2010 di Afrika Selatan.
Sebelum ini tular nama Nazmi berpotensi dipilih, namun mungkin perlu menunggu untuk edisi seterusnya.