Skuad sepak takraw lelaki negara dalam misi memperoleh kejuaraan dalam perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF bagi acara kuadran yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (KL) malam ini.
Pasukan bimbingan Ahmad Jais Baharun itu tidak berdepan masalah untuk ke final kategori kuadran selepas membenam Filipina dalam suku akhir, termasuk menewaskan Vietnam dalam aksi separuh akhir penuh getir dengan kemenangan rubber set 2-1, sebentar tadi.
Malaysia harus memenangi pingat emas acara tersebut bagi mengubati kekecewaan kem regu yang gagal mempertahankan status selepas tewas kepada Myanmar.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) PIALA DUNIA ISTAF: FINAL SKUAD KUADRAN NEGARA MALAM INI
Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
Saluran: Astro Arena (801)
Lokasi: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
Masa: Bermula 7.30 malam ini
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!