Malaysia menjuarai gelaran sulung kuadran sepak takraw Piala Dunia ISTAF selepas mengenepikan cabaran India dengan set straight, sebentar tadi.
Sekalipun kelihatan liat untuk ditundukkan dalam set pertama yang melewati aksi dius dengan 17-15, sorakan yang bergema di Stadium Titiwangsa, meniupkan keyakinan Afifuddin Razali, Shaharil Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi untuk meningkatkan persembahan mereka.
Malaysia tampil lebih agresif tatkala libasan Afifuddin meletakkan India di kedudukan sukar.
Dan skuad Malaysia tidak lagi menoleh ke belakang -- tambahan pula pengalaman beraksi tiga set dengan seteru itu di peringkat kumpulan -- lantas memuktamadkan kejuaraan dengan 15-10.