Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Dunia ISTAF: Kuadran Malaysia tepis kejutan India

j
Advertisement

Saingan hari kedua Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia ISTAF 2026 menyaksikan skuad kuadran negara terpaksa berhempas pulas hingga set penentuan untuk tempah slot ke suku akhir.

Selepas diaibkan Korea Selatan, anak buah Zulkarnain Arif -- yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang meniti ke laluan seterusnya --- diberi tentangan sengit oleh India dari awal permainan dan kelihatan sukar untuk menjarakkan kedudukan mata sebelum rentak Malaysia menjadi tidak menentu.

Advertisement

Ketika set pertama seakan-akan mudah menjadi milik India, skuad negara sempat mengejar rapat sebelum rejaman Afifuddin Razali dihadang untuk set pertama memihak India.

Set kedua bersambung dan corak permainan masih sama sebelum di pertengahan mata, beberapa kesilapan India memberi mata percuma untuk skuad negara menyamakan kedudukan 14-14.

Advertisement

Ketika tekanan kian memuncak, India ketinggalan jauh dalam set penentuan dan kesempatan itu dimanfaat idil Aiman, afifuddin, Shahalril Aiman dan Amirul Zazwan Amir dengan sebaiknya untuk Malaysia memastikan kemenangan 15-10.

 

Must Watch Video