Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: FIFA lebih tegas, langkah cegah isu perkauman-protes tinggalkan padang

j

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperkenalkan peraturan baru yang lebih tegas dalam isu perkauman apabila pemain diberi amaran boleh berdepan layangan kad merah biarpun meletakkan tangan di mulut ketika bertelagah.

Langkah itu dicapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Antarabangsa di Kanada selepas kes perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) membabitkan pemain Benfica, Gianluca Prestianni, hingga digantung enam perlawanan akibat mengejek tonggak Real Madrid, Vinicius Junior.

Advertisement

Ia bukan suatu rahsia apabila pemain seringkali menggunakan tangan mereka bagi melindungi butiran perbualan mereka, terutama dengan rakan sepasukan atas soal perbincangan taktikal selain bunyinya yang lebih jelas.

Dalam masa sama, FIFA turut mengumumkan bahawa kad merah boleh diisukan terhadap pemain yang sengaja meninggalkan padang ketika permainan berlangsung kerana melancarkan protes terhadap keputusan pengadil.

Keputusan ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang menyaksikan kejuaraan Senegal dibatalkan, manakala gelaran diberikan kepada tuan rumah, Maghribi.

 

Must Watch Video