Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: Cuaca panas terik? Tak jadi masalah buat kami – Harry Kane

harry kane

Ketua pasukan England, Harry Kane, menegaskan cuaca panas yang dijangka menjadi cabaran utama buat kebanyakan pasukan dalam Piala Dunia kali ini dilihat tidak akan mengganggu misi England untuk memburu kejuaraan dunia pertama selepas kali terakhir memenanginya pada 1966.

Penyerang utama skuad The Three Lions itu berkata mereka sudah melalui proses adaptasi awal dan bersedia sepenuhnya untuk beraksi dalam keadaan cuaca ekstrem di Amerika Syarikat musim panas ini.

Kane, yang terus berada dalam prestasi terbaik selepas menjaringkan golnya yang ke-67 bersama kelab dan negaranya musim ini, berkata latihan intensif yang dijalankan sebelum kejohanan telah banyak membantu pemain menyesuaikan diri dengan suhu tinggi.

Menurutnya, perlawanan persahabatan menentang New Zealand dalam suhu sekitar 33 darjah Celsius turut menjadi bukti bahawa England mampu beraksi tanpa terlalu terkesan dengan faktor cuaca.

“Secara jujur saya tidak rasa panas itu terlalu teruk. Kami sudah biasa selepas beberapa hari pertama latihan,” kata Kane kepada ESPN.

Kapten England itu turut menegaskan bahawa semua pemain berada di tahap profesional yang tinggi dan sudah bersedia daripada segi fizikal serta mental untuk menghadapi cabaran di pentas terbesar dunia itu.

Tambahnya lagi, persiapan rapi bersama barisan kejurulatihan diterajui Thomas Tuchel telah memastikan setiap aspek persiapan termasuk pemulihan, hidrasi dan kecergasan berada pada tahap optimum menjelang kejohanan.

England dijangka hadir ke Piala Dunia dengan status pasukan pilihan dan Kane menegaskan dia kini berada di tahap terbaik dalam kariernya serta sangat teruja untuk sekali lagi mengetuai pasukan itu ke pentas dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

Must Watch Video