Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia: 'Bola sepak hari ini tuntut banyak perkara, bukan bakat sahaja'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ance

Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, berasakan Neymar perlu melakukan pertukaran posisinya ketika beraksi buat skuad kebangsaan daripada di bahagian sayap ke bahagian tengah.

Ini susulan pemain berusia 34 tahun itu bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya selain berisiko terlepas melakukan penampilan keempatnya di pentas Piala Dunia bersama skuad skuad Selecao tahun ini.

Advertisement

"Saya tahu semua orang mahu Neymar kembali ke keadaan fizikal terbaiknya. Semua staf kejurulatihan, pasukan teknikal berharap dia dapat kembali semula.

"Sebenarnya bola sepak hari ini menuntut banyak perkara. Bukan bakat sahaja tetapi juga keadaan fizikal, intensiti.,, Semoga Neymar akan kembali berada di tahap terbaiknya.

 

 

 

 

"Saya fikir dia perlu bermain di tengah (posisi), bukan pemain sayap kerana pemain sayap dalam bola sepak hari ini perlu untuk membantu pertahanan juga.

"Apabila anda beraksi di bahagian tengah, kerja pertahanan jauh lebih sedikit berbanding ketika beraksi di bahagian sayap. Saya fikir pemain yang berbakat lebih dekat dengan gol ada peluang lebih banyak untuk jaringkan gol, mungkin posisi idealnya." katanya.

Untuk rekod, bekas bintang Barcelona itu tidak beraksi buat Brazil sejak Oktober 2023 susulan kecederaan koyak ligament lutut dan memaksa dirinya berehat hamper 12 bulan.

Must Watch Video