Juara Piala Dunia 2026 itu memberi ugutan ringan?
Pemimpin blok pembangkang Parti Popular (PP) negara itu, Alberto Nunez Feijoo, berkata Sepanyol perlu menarik diri sekiranya tidak diberikan hak menganjurkan perlawanan akhir Piala Dunia 2030.
Edisi ke-24 itu kelak menyaksikan penganjuran melibatkan tiga negara yang akan menjadi tuan rumah iaitu Sepanyol, Portugal dan Maghribi.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum mengumumkan venue bagi final.
Feijoo tidak menafikan sebaliknya menggesa La Roja menarik diri jika tidak diberi keutamaan yang diminta.
Alberto Núñez Feijóo: "Si Marruecos se queda la final, España debe renunciar a la organización del Mundial”. https://t.co/2NJVDnd3z7
— Offsider (@Offsider_ES) November 6, 2026
"Anda tidak boleh menghina kuasa utama bola sepak antarabangsa," katanya.
Lebih hangat, gergasi Piala Negara-negara Afrika (AFCON), Maghribi menerusi badan induknya turut menyatakan bahawa aksi akhir itu akan berlangsung di Maghribi, dan ia meningkatkan kemarahan Sepanyol.
FIFA sebelum ini sebulat suara untuk mengadakan tiga perlawanan pertama di Amerika Selatan.
Ia, kerana sambutan istimewa ulang tahun ke-100 Piala Dunia, dan Ahli Gabungan FIFA bersetuju untuk mengadakan tiga aksi awal itu di lokasi berlangsungnya Piala Dunia pertama pada 1930 sebelum berpindah semula ke Sepanyol, Portugal dan Maghribi.
Ini bermakna, tiga perlawanan pembukaan Piala Dunia 2030 akan dimainkan di Uruguay, Argentina dan Paraguay.
Edisi sulung Piala Dunia pada 1930 dianjurkan di Uruguay dan dimenangi pasukan tuan rumah selepas menewaskan Argentina pada final. Paraguay pula dipilih kerana menjadi lokasi ibu pejabat badan bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL.