Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Zlatan Ibrahimovic setuju harga tiket mahal

s

Zlatan Ibrahimovic beranggapan bahawa harga tiket Piala Dunia 2026 yang menerima rungutan ramai ketika ini sebenarnya berbaloi dengan kelibat pemain seperti Lamine Yamal.

Beberapa perlawanan awal yang melewati pemandangan banyak kekosongan di bangku penonton mengukuhkan kritikan terhadap sistem penjualan tiket yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam masa sama, Yamal membantu The Blagrauna menjulang LaLiga dan sentuhannya ditagih oleh skuad kebangsaan Sepanyol pula dalam pemburuan trofi kedua.

Lantas, Ibrahimovic berkata harga tiket melambung ketika ini adalah wajar untuk menjadi saksi bakat seorang pemain seperti dari bintang Eropah itu yang dijangka turun menentang Cabo Verde pada Selasa ini.

“Lamine Yamal merupakan pemain istimewa. Dia adalah pemain yang orang sanggup bayar tiket dengan harga yang mahal -- seorang pemain yang membuat anda tertarik ke stadium -- dan berterima kasihlah kepada dia kerana anda menikmati pengalaman indah," kata bekas kapten Sweden itu.

“Di kaca televisyen, dia nampak istimewa dan bagus. Malah, jika lebih dekat lagi, dia menjadi lebih istimewa.

"Pada usia 18 tahun, ia sesuatu yang menakjubkan.Setiap kali dia menyentuh bola, anda boleh lihat dia berbeza. Kawalan bolanya, gelecekkan dan kemampuan menjaringkan gol. Jadi saya harap dia dapat mengharungi perlawanan yang hebat."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video