Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Viagra membantu, kata pemain tengah England

hhhh

Jordan Henderson menepis khabar angin yang mengaitkan England akan menggunakan Viagra bagi membantu mengatasi altitud setinggi  2,200 meter dari paras laut.

Memandangkan ia dikategorikan sebagai bukan bahan terlarang terhadap atlet dan fungsinya yang membuka pembuluh darah boleh diketengahkan bagi aksi pusingan 16 terakhir berdepan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 tersebut, namun pendekatan sedemikian ditolak mentah-mentah oleh pemain tengah The Three Lions itu.

Estadio Azteca terkenal sebagai antara venue yang sukar kerana cabaran altitud yang yang mempengaruhi kepekatan oksigen, sekali gus menjejaskan stamina pemain.

"Viagra membantu! Saya bergurau...ia gurauan," selorohnya yang menyertai ketua jurulatih, Thomas Tuchel, dalam sidang media praperlawanan.  

"Sebagai pemain, kami cepat menyesuaikan diri dan kami mahu teruskan usaha.

“Kami datang ke sini untuk melaksanakan tugas dengan menjadi versi terbaik diri sendiri, untuk bersatu, untuk bersaing, mencurahkan segala kudrat antara satu sama lain dan buat tanah air.”

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video