Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tunisia pecat jurulatih selepas satu tewas aksi pertama

Piala Dunia 2026: Tunisia pecat jurulatih selepas satu tewas aksi pertama

Tunisia menjadi pasukan pertama yang melakukan pertukaran jurulatih pada Piala Dunia 2026 selepas memecat Sabri Lamouchi hanya beberapa jam selepas kekalahan memalukan 5-1 kepada Sweden dalam aksi pembukaan Kumpulan F.  

Keputusan drastik itu diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Tunisia (FTF) susulan prestasi hambar pasukan yang dibelasah Sweden menerusi jaringan Yasin Ayari (dua gol), Alexander Isak, Viktor Gyokeres dan Mattias Svanberg.  

Lamouchi, yang baru dilantik pada Januari lalu, hanya sempat mengendalikan lima perlawanan dengan rekod satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan sebelum dipecat.  

Menurut laporan media antarabangsa, suasana dalam kem Tunisia menjadi tegang selepas kekalahan tersebut sehingga memaksa pihak pengurusan mengadakan mesyuarat tergempar sebelum membuat keputusan menamatkan khidmat bekas jurulatih Ivory Coast, Nottingham Forest dan Cardiff City itu.  

FTF turut mengesahkan bahawa pengarah teknikal pasukan, Mondher Kebaier, dijangka mengambil alih tugas sebagai jurulatih sementara bagi baki saingan Piala Dunia.  

Lamouchi mengakui pasukannya melakukan terlalu banyak kesilapan ketika berdepan Sweden dan menyifatkan kekalahan besar itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.  

Pemecatan tersebut menjadikan Lamouchi antara jurulatih paling singkat bertahan dalam sejarah Piala Dunia dan dipercayai yang pertama dipecat selepas hanya satu perlawanan dalam kejohanan itu.  

Tunisia kini menghuni tangga tercorot Kumpulan F dan masih mempunyai dua lagi perlawanan menentang Jepun serta Belanda untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.  

Bagi Tunisia, keputusan berani itu dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan kempen Piala Dunia mereka sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Penyerang prolifik Belgium, Romelu Lukaku, hanya dinamakan di bangku simpanan bagi aksi pembukaan Kumpulan G Piala Dunia 2026 menentang Mesir di Seattle.

Keputusan itu dibuat selepas penyerang berusia 33 tahun tersebut melalui musim yang sukar bersama Napoli akibat masalah kecederaan dan kekurangan minit permainan.

Ketiadaan Lukaku dalam kesebelasan utama menyaksikan Belgium mempertaruhkan trio serangan yang diketuai Jeremy Doku, Charles De Ketelaere dan Leandro Trossard untuk memburu kemenangan pertama kejohanan.

Walaupun tanpa Lukaku, Belgium masih menurunkan beberapa tonggak berpengalaman termasuk penjaga gol Thibaut Courtois, kapten Kevin De Bruyne dan pemain tengah Amadou Onana.

Bagi Mesir pula, tumpuan terarah kepada kapten pasukan Mohamed Salah yang membuat penampilan pada hari ulang tahunnya yang ke-34.

Pemain yang baru sahaja meninggalkan Liverpool itu mengetuai cabaran The Pharaohs yang memburu kemenangan pertama dalam sejarah penampilan mereka di pentas Piala Dunia selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga penyertaan sebelum ini.

Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, membuat keputusan menurunkan Mostafa Shobeir sebagai penjaga gol utama, manakala Salah akan bergandingan dengan Omar Marmoush dan Emam Ashour dalam usaha mengancam pertahanan Belgium.

Perlawanan ini dijangka menjadi ujian penting buat kedua-dua pasukan dalam misi memburu slot ke pusingan kalah mati, dengan Belgium dilihat sebagai pilihan berdasarkan pengalaman dan kualiti pemain yang dimiliki.

Namun, inspirasi daripada Salah dan semangat juang Mesir mampu mencetuskan kejutan dalam aksi pembukaan yang dinanti-nantikan ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video