Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tewaskan juara 2014 dalam penalti, negara ke-34 dunia terus isytihar cuti!

Paraguay

Presiden Paraguay, Santiago Pena, mengisytiharkan cuti umum pada Selasa bagi meraikan kemenangan bersejarah skuad kebangsaan negara itu ke atas Jerman yang membolehkan mereka mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Paraguay mencipta antara kejutan terbesar kejohanan apabila menewaskan juara dunia empat kali, Jerman, 4-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat masa tambahan dalam aksi pusingan 32 terbaik di Foxborough, Massachusetts.

Hari ini, seluruh negara meraikannya,” tulisnya sambil memuat naik gambar menandatangani dekri pengisytiharan cuti umum.

Kemenangan ke atas Jerman itu turut mengakhiri rekod cemerlang pasukan Eropah tersebut dalam penentuan penalti Piala Dunia, apabila Jerman tewas dalam situasi itu buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

Minggu lalu, Presiden Ecuador, Daniel Noboa, turut mengumumkan cuti umum selepas Ecuador menewaskan Jerman 2-1 pada peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video