Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tangisan dua penjaga gol

Belgium

Air mata mengalir di wajah penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois, ketika termenung di bangku simpanan kerana kecederaan kaki pada separuh masa kedua suku akhir Piala Dunia 2026 menentang Sepanyol awal pagi tadi.

Dia kemudiannya cuba menenangkan penggantinya, Senne Lammens, yang dimasukkan pada minit ke-71, apabila gagal menahan kemas rembatan oleh pemain Sepanyol, Pau Cubarsi, sebelum Mikel Merino menyumbat gol kemenangan pada minit ke-86.

"Senne, sudah tentu, saya memeluknya erat," kata Courtois kepada pemberita. 

"Saya tahu, bagi penjaga gol, ini adalah perasaan yang teruk, dan dia penjaga gol yang hebat, dan dia hanya akan menjadi lebih kuat daripada ini."

Courtois yang terpaksa ditukar mendedahkan dia merasakan sesuatu pada bahagian kakinya ketika dia melakukan sepakan gol pada awal separuh masa kedua.

"Saya merasakan sesuatu di otot saya. Kemudian, saya melakukan beberapa penyelamatan, saya rasa okay, jadi saya fikir saya akan teruskan.

"Sudah tentu, saya mahu meneruskan, tetapi ya, jurulatih mahukan seseorang yang cergas.

"Saya membuat penyelamatan, dan saya tidak terganggu untuk membuat penyelamatan itu, dan saya hanya terganggu untuk menendang jauh. Jadi itu keputusan jurulatih, dan itu bukan masalah."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video