Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, enggan menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia 2026 awal pagi semalam susulan beberapa siri perselisihan faham antara badan pentadbir bola sepak Eropah itu dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai prosedur tatatertib, logistik pengadil, dan operasi perlawanan.
Satu perkara utama yang dipertikaikan ialah keputusan FIFA untuk menunda penggantungan satu perlawanan penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun susulan dilayangkan kad merah.
Satu lagi punca utama Ceferin tidak hadir ialah berkenaan kes pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan, yang tidak dapat mengambil bahagian dalam Piala Dunia selepas dinafikan kemasukan ke negara tuan rumah itu.
🚨 UEFA President Aleksander Čeferin BOYCOTTED the 2026 FIFA World Cup Final. ❌😳
Čeferin chose not to attend the showpiece event due to his frustration over what he viewed as political interference surrounding the tournament. 😤
(Source: The Times) pic.twitter.com/oX6mebqcdK— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 20, 2026
Di samping itu, perwakilan Eropah membangkitkan kebimbangan mengenai pengurusan geopolitik perlawanan yang melibatkan Iran, di samping pelarasan operasi yang diperkenalkan untuk kejohanan itu.
Ini termasuk pelaksanaan rehat hidrasi secara mandatori dan rehat separuh masa yang begitu lama dalam final, yang diperkenalkan oleh FIFA dalam kejohanan ini.