Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Tak jadi pecat jurulatih sebab tak mampu bayar pampasan

Petkovic

Algeria difahamkan menarik semula keputusan pemecatan ketua jurulatih ekoran tidak mencapai kata sepakat berkenaan penamatan kontrak Vladimir Petkovic. 

Ia, selepas kedua-dua belah pihak gagal menemui persetujuan, sekali gus menyaksikan Petkovic bakal terus menerajui bekas juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2019 sehingga Julai 2028. 

Menurut sumber, Persekutuan Bolasepak Algeria (FAF) tidak mampu membayar penuh pampasan yang diperuntukkan sekiranya mahu memecat pengendali tersebut. 

Petkovic menolak semua cadangan daripada FAF untuk penamatan secara baik dengan menuntut pembayaran penuh dan mengancam untuk membawa perkara itu ke Persekutuan Bolasepak Antarabanga (FIFA) sekiranya berlaku perselisihan faham.

Baru-baru ini, satu pendedahan mengejut tersebar tentang perbelanjaan pasukan, timbunan bil yang menggunung, masalah pengurusan, isu jurulatih serta masalah disiplin oleh beberapa pemain pasukan ke-29 dunia itu. 

Kontroversi semakin hangat apabila ada khabar angin mengatakan beberapa pemain bertidak melakukan kegiatan tidak bermoral seperti menghisap shisha serta membawa masuk wanita dalam hotel sewaktu kejohanan masih berjalan, namun tiada kesahihan terhadap berita itu.

Untuk rekod, Algeria tersingkir di tangan Switzerland dalam pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video