Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Sepanyol terlalu handal buat Austria

ddcdfc

SEPANYOL 3 AUSTRIA 0

Sepanyol mungkin pasukan yang paling mudah untuk mengesahkan tiket ke pusingan 16 Piala Dunia 2026 selepas mendominasi Austria 3-0, sebentar tadi.

Stadium Los Angeles menjadi igauan ngeri buat Austria -- yang mengadu kurang rehat -- bersaksikan 23 percubaan oleh barisan yang dikemudi Luis de la Fuente itu sambil menafikan sebarang percubaan tepat daripada Austria.

Penjaga gol Unai Simon yang kebal di depan gawang sejak peringkat kumpulan turut melepasi rekod tanpa bolos paling lama, 517 minit, yang dilakar Walter Zenga dalam temasya 1990.

Pesta jaringan La Roja selaku juara bertahan EURO bermula melalui tampanan Mikel Oyarzabal pada minit ke-36 setelah beberapa percubaan awal dipatahkan skuad bereputasi ke-23 dunia tersebut.

Sekali lagi, pintu gol Austria terdedah dengan tandukan Pedro Porro pada minit ke-36 sebelum Oyarzabal menokok gol ketiga -- keempat dalam kempen ini -- dengan gerakan yang hampir sama dengan gol pertama.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video