Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Sepanyol tabik ketangkasan Emiliano Martinez beraksi dengan jari patah

aaa

Kalau bukan kerana ketangkasan Emiliano Martinez sebagai benteng terakhir Argentina, Sepanyol sudah tentu tidak memerlukan masa tambahan sebelum ditabalkan juara Piala Dunia 2026 hari ini.

Skuad La Roja mengatur 20 serangan ke kubu Martinez, tetapi terpaksa menanti hingga minit ke-106 untuk menguburkan perjuangan juara bertahan tersebut yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan kad merah ke atas Enzo Fernandez.

Justeru, jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, memuji aksi menyelamat penjaga gol Albicelesta terbabit yang menafikan deretan percubaan berbahaya anak buahnya.

"Kami sepatutnya menamatkan perlawanan lebih awal. Kami mempunyai banyak peluang.

"Tetapi Martinez sangat luar biasa. Ini semua kerana tindakan menyelamatnya dan ia mencerminkan betapa kemenangan yang kami kecapi ini adalah sangat sukar," katanya sesudah perlawanan.

Penjaga gawang Aston Villa itu tetap tenang ketika rakan sepasukan beraksi terumbang ambing, tambahan pula mencipta rekod baru menyelamatkan 11 percubaan tepat dalam aksi final Piala Dunia meskipun dalam keadaan jarinya yang patah.

Pemain bertinggian 6 kaki 5 inci itu menanggung derita tersebut ketika membantu Aston Villa menjulang Liga Europa pada Mei lalu dan menangguhkan pembedahan jarinya hingga Piala Dunia beraksi.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement