Kecemerlangan menjuarai Piala Dunia 2026 mengangkat Sepanyol sebagai pasukan kebangsaan nombor satu dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Jaringan tunggal Ferran Torres menghadiahkan pasukan asuhan Luis de la Fuente itu gelaran kedua buat negara tersebut.
Selepas menawan Kejohanan Euro 2024, prestasi barisan muda Sepanyol itu menyempurnakan misi mereka dengan mengangkat trofi di Stadium New York New Jersey, sekali gus menambah 30.27 mata untuk keseluruhan 1995.88 mata.
Kekalahan itu menyaksikan Argentina tergelincir ke tangga kedua dengan 1970.37 mata diikuti Perancis, England, Brazil dan Maghribi,
Portugal pula di tangga ketujuh selepas persembahan kurang memberangsangkan terkandas di peringkat suku akhir, disusuli Belgium dan Belanda.
Tuan rumah bersama Piala Dunia 2026, Mexico kembali menembusi ranking 10 terbaik dunia apabila melonjak empat anak tangga.
Norway naik 12 anak tangga untuk menghuni tangga ke-19 FIFA.
Panama jatuh 10 anak tangga dan kini berada di kedudukan 44, manakala Tunisia (12 anak tangga), Uzbekistan (10 anak tangga) dan Jordan (10 anak tangga) pula antara pasukan Piala Dunia yang mengalami kejatuhan mendadak serta di luar 50 terbaik dunia.