Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, berkata bahawa dia tidak akan menonton lagi Piala Dunia dengan menyalahkan kesilapan pengadil atas penyingkiran negaranya di tangan Argentina awal pagi tadi.
Mesir mendahului 2-0 dengan baki 11 minit sebelum perlawanan pusingan 16 terbaik itu tamat menyaksikan mereka hampir melakar kejutan besar Piala Dunia 2026, namun dibolosi tiga gol pada penghujung babak kedua dan tersingkir.
"Saya akan pulang ke rumah dan tidak akan menonton lagi perlawanan dari kejohanan ini," katanya pada sidang akhbar.
"Apa yang berlaku kepada kami tidak adil.
"Kami sepatutnya mendapat penalti, ada gol dibatalkan, dan saya tidak tahu mengapa ia dibatalkan."
π§ππ π¦π£πππ ππ¨π₯π¦π ππ’π‘π§ππ‘π¨ππ¦... π pic.twitter.com/46qqmLCs96
β 433 (@433) July 7, 2026
Mesir menjaringkan gol pada minit ke-62 melalui Mostafa Zico, tetapi semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati terdapat kekasaran daripada Mesir.
Mereka juga menuntut penalti lewat selepas ada tarikan terhadap Hamdy Fathy tetapi tidak diendahkan, sekali gus menjadi kelebihan Argentina yang masuk ke bahagian lawan dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92.
"Walaupun gol datang daripada kesilapan, kesilapan terbesar adalah tidak mendapat apa yang anda berhak daripada mereka yang bertanggungjawab membuat keputusan," katanya lagi.
"Saya jenis orang yang benci kalah.
"Dan apabila kekalahan terasa tidak adil seperti hari ini, saya hanya boleh memberitahu peminat supaya tidak kecewa.
"Kami sangat ingin memberi mereka lebih banyak kegembiraan," tambahnya.
"Tetapi apa yang membuatkan saya gembira ialah pemain saya mengikuti pelan dan bekerja dengan sangat baik."
"Saya sangat berpuas hati dengan usaha yang mereka lakukan. Kebanyakan pemain kami datang dari liga domestik Mesir, manakala ramai pemain dalam pasukan kebangsaan lain berpangkalan di Eropah dan tinggal dalam persekitaran profesional itu," tambah Hassan.
"Namun dengan pemain tempatan yang kebanyakannya -- selain Mohamed Salah dan Omar Marmoush -- kami dapat bersaing dengan sesiapa sahaja."