Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Selepas bawa pasukan kebangsaan ke pusingan 16, kini bergelar pemain termahal England

p;

Pemain tengah England, Elliot Anderson, menyertai Manchester City daripada pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest, dalam perjanjian yang dikaitkan sebagai perpindahan termahal untuk pemain British.

Kedua-dua kelab tersebut tidak mendedahkan harga perpindahan tetapi media British mengatakan jumlah perjanjian itu bernilai hingga £116 juta (RM630.5j), secara tidak langsung mengatasi pakej £115j (RM469.2j) yang dipersetujui oleh Real Madrid untuk membayar Borussia Dortmund untuk Jude Bellingham pada 2023.

"Anderson, 23, kini sedang bersaing dalam Piala Dunia FIFA bersama England dan telah menyelesaikan ujian perubatan di Kansas. Formaliti perpindahan ini akan dimuktamadkan sebaik sahaja dia kembali ke England," kata City dalam satu kenyataan.

Perpindahan itu -- yang menyerlah hasrat City untuk mengukuhkan bahagian benteng -- juga menjadikan Anderson sebagai perpindahan paling mahal Manchester City, mengatasi £100j (RM543.j) yang dibelanjakan kelab untuk membeli pemain sayap, Jack Grealish, daripada Aston Villa pada 2021.

Anderson -- produk akademi Newcastle United --  menyertai Forest dengan harga £35j (RM190.2j) pada 2024 dengan 92 penampilan sambil meledak enam gol dan mencipta 11 bantuan gol.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video