Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Selamat Hari Lahir! Kemenangan Argentina hiasi hari penuh bersejarah Lionel Messi

da

Lionel Messi pastinya tersenyum lebar menikmati kegembiraan berganda.

Ini selepas hari bersejarahnya bergelar penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia, turut dihiasi dengan kemenangan 2-0 Argentina ke atas Austria dalam aksi Kumpulan J di Stadium Dallas sebentar tadi.

Dia menjaringkan kedua-dua gol pasukan juara bertahan itu, hanya sehari menjelang sambutan hari jadinya esok (24 Jun).

Messi menebus kegagalannya melunaskan sepakan penalti pada minit kesembilan dengan menjaringkan gol pembukaan La Albiceleste pada minit ke-38.

Jaringan itu memastikan pemain berusia 38 tahun berkenaan kini mengumpulkan 17 gol di peringkat Piala Dunia, sekali gus mengatasi rekod 16 gol yang dahulunya dipegang legenda Jerman, Miroslav Klose.

Austria sebenarnya beraksi dengan amat baik, terutama dalam babak kedua, tetapi gagal memecahkan tembok kebal Emiliano Martinez.

Antaranya menerusi sepakan percuma lencong bintang Borussia Dortmund, Marcel Sabitzer, yang ditepis keluar Martinez.

Messi kemudian melebarkan rekodnya dengan satu lagi jaringan dalam waktu kecederaan.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video