Pemain sayap Sepanyol, Nico Williams, menjadi antara watak penting ketika skuad La Roja muncul juara Piala Dunia 2026 apabila bantuan jaringannya menjadi penyebab gol tunggal yang dihasilkan Ferran Torres untuk melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Argentina dalam pentas akhir di New Jersey itu.
Namun, detik yang paling menyentuh hari terjadi selepas wisel penamat berlaku apabila Nico Williams membuka pingat juara dunianya dan menyarungkan di leher ibunya, Maria Comfort Arthuer. Sangat manis bukan? Tetapi ramai yang tidak tahu kisah menyayat hati di sebalik momen ini.
Nico Williams's mother, Maria, walked nearly 2,000 miles while pregnant from Ghana towards Spain for a better life.
He grew up to assist the goal that won Spain the World Cup. Then, he gave his winner's medal to his mom.
pic.twitter.com/fo4dGUq8MJ— Front Office Sports (@FOS) July 20, 2026
Sebelum Nico membesar di Sepanyol dan bergelar juara dunia, Maria bersama suaminya meninggalkan Ghana demi mencari kehidupan yang lebih baik. Ketika hamil anak sulung mereka, Inaki, Maria sanggup merentas gurun Sahara dan berjalan hampir 2000 batu (lebih 3000 kilometer) berdepan kelaparan, kehausan dan risiko maut sebelum akhirnya tiba di Sepanyol.
Daripada pengorbanan itulah lahirnya dua pemain bola sepak professional, Inaki dan Nico Williams. Kini salah seorang daripada mereka bukan sahaja bergelar juara dunia, malah menghadiahkan detik paling bermakna dalam hidupnya kepada wanita yang membuat semuanya menjadi kenyataan.
Kisah ini sangat memberi inspirasi lebih lebih lagi buat keluarga atau ibu bapa yang terpaksa melakukan banyak pengorbanan demi masa depan anak anak. Dan buat anak pula, jika sudah berjaya suatu hari nanti, jangan pernah lupa jasa pengorbanan ibu bapa, jadilah seperti Nico Williams.