Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: 'Saya tak boleh kata apa-apa sebab FIFA...'

Norway

Jurulatih Norway, Stale Solbakken, berkata dia yakin bahawa bola itu terkena kabel kamera yang tergantung di atas sebelum Jude Bellingham menjaringkan gol penyamaan England pada separuh masa pertama suku akhir Piala Dunia 2026 pagi tadi.

Insiden itu berlaku tepat selepas sepakan penjaga gol, Orjan Nyland, mengenai kabel sebelum The Three Lions melancarkan serangan yang memberi ruang Bellingham melakukan penyudah biar ulangan televisyen menunjukkan bola itu mungkin telah melanggar kabel yang menggantung kamera di atas.

"Bola itu terus mengubah arahnya.

"Ia menyebabkan salah faham antara pemain kami, dan ia berada dalam saat yang buruk untuk kami. Tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya," katanya.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan kenyataan di media sosial dengan mengatakan "tiada bukti bahawa bola menyentuh wayar atas dan mengubah pergerakan bola."

"Sebelum gol England pada minit ke-45+2 menentang Norway, sensor dalam 'Connected Ball' tidak menunjukkan puncak ketika berada di udara," menurutnya.

Solbakken berkata beliau sendiri tidak melihat bola berubah arah, tetapi pemain dan kakitangan pasukannya menjadi saksi.

"Jika tiada bunyi atau tiada apa-apa di dalam cip, apa yang boleh saya katakan?

"Saya tidak boleh berkata berlebihan tentang itu kerana FIFA telah menafikannya," tambahnya.

Norway mengucapkan selamat tinggal selepas tewas 1-2 kepada The Three Lions.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video