Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pengadil kelahiran Slovenia, Slavko Vincic, sebagai pegawai perlawanan yang bakal bertugas mengemudikan pentas akhir Piala Dunia 2026 antara Argentina dan Sepanyol pada awal pagi Isnin nanti.
Dia akan disertai akan senegaranya iaitu omaz Klancnik dan Andraz Kovacic yang akan bertugas sebagai pembantu pengadil selain Adham Makhadmeh dari Jordan sebagai pegawai keempat perlawanan itu.
๐จ๐ธ๐ฎ OFFICIAL: Slovenian Slavko Vincic will be the referee for Spain-Argentina, World Cup Final.
๐ธ๐ฎ Ref: Slavko Vincic
๐ธ๐ฎ 1st Assistant: Tomaz Klancnik
๐ธ๐ฎ 2nd Assistant: Andraz Kovacic
๐ฆ๐ช 4th Official: Adham Makhadmeh
๐ฆ๐ช Reserve Assistant: Mohammad Alkalaf pic.twitter.com/Ln2uKY9A7Hโ Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 17, 2026
Pegawai yang akan menjaga video bantuan pengadil (VAR) diketuai Bastian Dankert (Jerman), dibantu Nicolas Gallo (Colombia) dan sokongan daripada Khamis Al Marri (Qatar).
Selain mula bertugas di kejohanan besar itu pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Vincic yang telah menerima lencana FIFA sejak 2010 itu turut pernah diberikan tanggungjawab mengendalikan aksi besar seperti final Liga Europa 2022, final Liga Juara-Juara 2024.