Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Ronaldo gagal disuap, Belgium temui formula Lukaku

aaaa

Cristiano Ronaldo menjadi sorotan utama dunia sebaik kempen Portugal dalam  Piala Dunia 2026 berakhir di tangan Sepanyol, awal pagi tadi, dan penyerang berusia 41 tahun itu pantas mengesahkan masih sayang untuk melepaskan khidmatnya di peringkat antarabangsa.

Jawapannya itu disambut dengan perasaan bercampur-baur oleh penyokongnya. Bagi mereka, Ronaldo sudah melepasi zaman kemuncaknya.

Dalam masa sama, pengunduran Roberto Martínez sebagai ketua jurulatih harus menjadi titik tolak kebangkitan Portugal, sesudah ditenggalami isu serupa ketika dalam Kejohanan Euro dua tahun lalu, isyarat kegagalannya memenangi bilik persalinan yang seakan-akan terpecah kepada dua kem.

Menyedihkan, tonggak bahagian tengah seperti Bruno Fernandes dan Joao Neves dari awal terus meragui kemampuan penjaring terbanyak sepanjang zaman negara dengan 146 gol tersebut untuk mengharungi kempen kali ini.

Gelagat itu mengundang reaksi beberapa bekas pemain seperti Wayne Rooney dan Toni Kroos mempersoalkan kemampuan tengah juara Euro 2016 itu sendiri yang gagal mencipta gerakan berbahaya.

Romelu Lukaku umpamanya, hadir dengan sekadar 64 minit permainan sepanjang saingan Serie A di Itali musim lalu gara-gara kecederaan, namun masih mampu mengubah corak permainan untuk membawa Belgium ke suku akhir, sekalipun bermula goyah dalam Kumpulan G.

Di kem Mesir pula, Mohamed Salah, 34, akur bukan lagi tumpuan utama ditugaskan untuk merobek gawang lawan, tapi kemampuannya diterjemahkan dengan membuka ruang kepada Emam Ashour, Mostafa Ziko kerana memiliki larian lebih bertenaga.

Statistik sumbangannya tampak kecil dengan satu gol dan dua bantuan jaringan, tapi begitulah caranya Mesir melakar sejarah baru The Pharaoh ke pusingan 16.

Dengan Jorge Jesus disebut-sebut sebagai calon pengganti sebagai ketua jurulatih Portugal, hubungan Ronaldo dengan Jesus pasti membantunya mencari ramuan terbaik, lebih-lebih lagi Ronaldo masih akan menjadi tajuk utama.

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Related Topics

Must Watch Video