Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Rembatan bak peluru Harry Kane hancurkan impian DR Congo

ffff

ENGLAND 2 CONGO 1

England berdepan detik cemas sebelum Harry Kane jaringan pada minit ke-86 untuk meranapkan impian menggunung tinggi Republik Demokratik Congo (DR Congo) daripada melakar satu  lagi kejutan dalam Piala Dunia 2026.


Skuad bimbingan Sebastien Desabre -- yang dilimpahi pemain warisan dari Eropah --tersebut  membuatkan The Three Lions tersentak seusia minit ke-7 lagi dalam pertembungan di Stadium Atlanta itu, sebentar tadi.

Rembatan rendah Brian Cipenga menghukum kelekaan benteng juara 1966 itu sambil ketangkasan Lionel Mpasi di depan gawang kental menafikan percubaan menarik daripada Kane dan Marcus Rashford.

Malah, barisan kendalian Thomas Tuchel itu berdepan cabaran tersendiri berikutan pengadil dari Jordan, Adham Makhadmeh, seakan-akan tidak memihak mereka atas terjahan keras ke atas pemain England.

Bagaimanapun, Kane selaku ketua pasukan memiliki rencana sendiri apabila dia muncul penyelamat kempen England menerusi tandukan kemas untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-75 setelah beberapa penggantian pemain berlaku.

Detik itu menjadi titik tolak untuk keyakinan mereka pulih, DR Congo akhirnya dihukum sejurus melancarkan serangan apabila Mpasi hanya mampu memerhatikan rembatan deras Kane itu untuk menggegar gawangnya buat kali kedua.

Dengan itu, England bakal berkunjung ke Mexico City  bertemu tuan rumah bersama, skuad El Tri, yang mengenepikan Ecuador.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video