Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Raja, ratu mencemar duli joget sambut mata pertama dalam sejarah

Curacao

Sejarah buat negara terkecil dunia dalam penyertaan Piala Dunia dengan populasi 160,000 penduduk berjaya meraih mata pertama dalam debut kejohanan bola sepak paling berprestij itu. 

Meskipun tidak memenangi perlawanan, namun ia dianggap pencapaian besar buat para pemain dan peminat Curacao yang meraikan penuh bergaya apabila berjaya mengikat pasukan ranking ke-30 dunia, Ecuador, 1-1 pagi tadi. 

Selepas tamat aksi, sambutan Diraja bersama Raja dan Permaisuri dari Belanda yang hadir ke bilik persalinan Curacao menari bersama meraikan satu mata pertama dalam sejarah. 

Eloy Room mencipta sensasi tersendiri tatkala melakukan 15 penyelamatan penting bagi menghindari sebarang gol dibolosi. 

Kini, dia merupakan penjaga gol kedua dalam sejarah penganjuran Piala Dunia membuat 'saves' terbanyak dalam satu aksi. 

Untuk rekod, Tim Howard dari Amerika Syarikat (AS) membuat 16 penyelamatan pada 2014 menentang Belgium untuk menghuni tempat pertama. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video