Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Polis tingkat kawalan keselamatan selepas hotel England diserang penyokong Mexico

fans mexico

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan sekatan jalan akan dilaksanakan di sekeliling hotel penginapan skuad kebangsaan England di Mexico City menjelang aksi penting pusingan 16 Piala Dunia 2026 di Stadium Azteca, pagi esok. Langkah luar biasa itu diambil susulan kebimbangan serius penyokong tegar Mexico akan menyasarkan hotel berkenaan bagi mengganggu rehat pemain sebelum perlawanan bermula.

Kawalan ketat daripada pihak keselamatan dan polis dijangka mampu menjamin tidur yang nyenyak buat pemain England. Jalan utama menuju ke hotel berkenaan telah ditutup, manakala penyokong Mexico yang berniat mencetuskan kekacauan diarahkan berundur sejauh 200 meter dari kawasan penginapan itu. ESPN Mexico menerusi hantaran di laman X turut melaporkan tiada 'serenade' (pesta muzik malam) akan berlaku di hotel England.

Bagaimanapun, beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sebilangan penyokong Mexico sudah mula memainkan muzik yang kuat serta membakar bunga api di luar hotel, sebelum pihak polis campur tangan. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak (FA) England berharap dapat merahsiakan lokasi penginapan pasukan bagi mengelakkan sebarang gangguan, tetapi penyokong tempatan masih dapat mengesan lokasi itu dan menyambut ketibaan mereka dengan ejekan.

England sebenarnya lebih memilih untuk tiba di Mexico City pada saat-saat akhir bagi mengelakkan sebarang suasana tidak nyaman. Bagaimanapun, peraturan ketat FIFA mewajibkan setiap pasukan yang bertanding berada di bandar tuan rumah dalam tempoh 24 jam sebelum sepak mula.

Sebagai persediaan menghadapi gangguan pada waktu malam, Pengurus England, Thomas Tuchel, mengakui pasukannya sudah bersedia dan mengesahkan barisan pemain akan menggunakan peralatan bantuan seperti palam telinga (earplugs). Pegawai FIFA turut menyatakan bahawa kelulusan sekatan jalan raya khas ini diberikan atas dasar kes-kes tertentu disebabkan profil perlawanan bertaraf tinggi.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video