Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Piero Hincapie pemain kedua dibuang padang akibat tutup mulut

Piala Dunia 2026: Piero Hincapie pemain kedua dibuang padang akibat tutup mulut

Pertahanan Ecuador, Piero Hincapie, menjadi pemain kedua di Piala Dunia 2026 yang dilayangkan kad merah kerana melanggar peraturan baharu FIFA selepas menutup mulut ketika berbual dengan pemain lawan.

Insiden itu berlaku pada penghujung aksi pusingan 32 menentang Mexico di Stadium Azteca ketika Hincapie dilihat menutup mulutnya ketika bercakap dengan penyerang Mexico, Santiago Gimenez.

Mengikut peraturan baharu yang diperkenalkan sepanjang Piala Dunia 2026, tindakan menutup mulut ketika berkomunikasi di atas padang dianggap satu kesalahan dan boleh dikenakan kad merah.

Pengadil pada mulanya membenarkan permainan diteruskan sebelum insiden itu disemak menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR). Selepas semakan selesai, Hincapie dilayangkan kad merah dan keputusan itu diumumkan kepada penyokong di stadium.

Sebelum ini, pemain Paraguay, Miguel Almiron, menjadi pemain pertama dikenakan hukuman sama ketika berdepan Turkiye, sekali gus digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, kad merah Hincapie tidak mengubah keputusan perlawanan apabila Ecuador terlebih dahulu tewas 2-0 kepada Mexico.

Mexico menguasai babak pertama menerusi jaringan Julián Quiñones pada minit ke-22 sebelum beliau membantu Raúl Jiménez menggandakan kelebihan sembilan minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan Mexico mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun dan bakal menentang pemenang perlawanan antara England atau Republik Demokratik Congo di Stadium Azteca.

Insiden melibatkan Hincapie turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak mengenai keberkesanan peraturan baharu FIFA yang bertujuan meningkatkan ketelusan komunikasi di atas padang, namun menyaksikan dua pemain telah dibuang padang sepanjang kejohanan setakat ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video