Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Pesta bunga api iringi 90,000 penyokong banjiri Oslo raikan kejayaan Norway singkir Brazil

Piala Dunia 2026: Norway berpesta, 90,000 penyokong banjiri Oslo raikan kejayaan singkir Brazil

Kemenangan bersejarah Norway ke atas Brazil dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 bukan sahaja mencetuskan kegembiraan di atas padang, malah mencetuskan sambutan luar biasa di seluruh negara apabila puluhan ribu penyokong membanjiri jalanan bagi meraikan kejayaan tersebut.

Lebih 90,000 penyokong berhimpun di pusat bandar Oslo sejurus selepas wisel penamat menyaksikan Norway menewaskan juara dunia lima kali itu 2-1 hasil dua jaringan bintang sensasi, Erling Haaland. Kemenangan itu turut memastikan Norway mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Selain pusat bandar Oslo, puluhan ribu lagi penyokong memenuhi Stadium Ullevaal Stadion untuk menyaksikan perlawanan menerusi skrin gergasi. Suasana bertukar gamat apabila penyokong melompat, menyanyikan lagu kebangsaan serta melemparkan minuman ke udara sebagai simbol meraikan kejayaan bersejarah negara mereka.

Sambutan turut dimeriahkan dengan aksi ‘rowing celebration’ yang sinonim dengan Haaland dan skuad Norway, bukan sahaja di atas padang malah di seluruh dataran dan jalan utama negara Scandinavia itu.

Haaland sendiri mengakui detik tersebut antara yang paling bermakna dalam sejarah sukan Norway.

“Semua rakyat Norway perlu menikmati saat ini. Ini antara hari paling luar biasa dalam sejarah negara kami,” katanya.

Perayaan diteruskan hingga ke kawasan Royal Palace, Oslo apabila ribuan penyokong berarak sambil melaungkan slogan “We’re going to the castle”. Mereka kemudiannya disambut oleh Crown Prince Haakon yang tampil memakai selendang rasmi pasukan kebangsaan Norway sebagai tanda sokongan.

Norway kini menanti pemenang aksi antara England dan Mexico dalam saingan suku akhir, dengan impian untuk terus melakar sejarah di pentas Piala Dunia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video