Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penyokong Argentina dikecam susulan sembur arak, hina penyokong Mesir

Piala Dunia 2026: Penyokong Argentina dikecam susulan sembur arak, hina penyokong Mesir

Rakaman tular memaparkan sekumpulan penyokong Argentina bertindak menyembur bir ke arah penyokong Mesir sambil melemparkan kata-kata hinaan selepas kemenangan pasukan mereka dalam aksi Piala Dunia 2026.

Insiden yang dipercayai berlaku sejurus tamat perlawanan itu pantas menjadi bualan di media sosial apabila video berkenaan memperlihatkan penyokong Mesir menjadi sasaran provokasi daripada sekumpulan penyokong Argentina yang sedang meraikan kemenangan.

Dalam rakaman tersebut, beberapa penyokong Argentina dilihat menyembur minuman dipercayai minuman keras ke arah kelompok penyokong Mesir selain menjerit dan mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan. Penyokong Mesir pula dilihat tidak membalas provokasi, sebaliknya cuba menjauhkan diri bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.

Tindakan itu mengundang kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan berkenaan tidak mencerminkan semangat kesukanan dan saling menghormati yang menjadi asas kepada penganjuran Piala Dunia.

Ramai berpandangan kemenangan di atas padang seharusnya diraikan secara berhemah tanpa melibatkan provokasi terhadap penyokong lawan, apatah lagi ketika ribuan penyokong dari pelbagai negara berkumpul untuk meraikan pesta bola sepak terbesar dunia.

Setakat ini, belum dapat dipastikan lokasi sebenar insiden tersebut atau sama ada pihak berkuasa dan penganjur kejohanan telah mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat.

Insiden itu sekali lagi menjadi peringatan bahawa tindakan segelintir penyokong mampu mencemarkan imej penyokong sesebuah negara, walaupun majoriti hadir dengan semangat perpaduan dan menghormati penyokong lawan.

 Argentina menang 3-2 sekaligus membawa cabaran ke suku akhir bertemu Switzerland sekaligus meneruskan peluang untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi edisi lalu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video