Penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa, dijangka menamatkan karier bola sepak profesional selepas beraksi dalam kempen Piala Dunia 2026, menurut laporan wartawan sukan terkemuka dunia, Fabrizio Romano.
Penjaga gol berusia 40 tahun itu bakal memperkuat skuad Mexico pada edisi kali ini, sekali gus menjadi penampilan keenamnya di pentas terbesar bola sepak dunia.
Advertisement
Ochoa mula beraksi dalam Piala Dunia sejak edisi 2006 di Jerman dan kekal menjadi tonggak utama skuad El Tricolor hingga di Qatar pada 2022.
Sepanjang karier lebih dua dekad, dia turut beraksi di beberapa liga Eropah termasuk Perancis, Sepanyol, Belgium, Itali dan Portugal, dan kini bersama kelab AEL Limassol.
🚨🇲🇽 Memo Ochoa will play his 6th World Cup representing Mexico as the legendary goalkeeper will make the squad.
Ochoa will then retire from professional football right after, leaving club and national team. 👋🏼 pic.twitter.com/fnJX2B3O6s— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 30, 2026
“Ini mungkin penamat buat saya selepas Piala Dunia. Sampai satu tahap, badan dan minda beritahu sudah cukup,” katanya kepada saluran berita sukan Mexico, TUDN.
Ochoa dijangka kekal memainkan peranan penting dalam skuad kendalian Javier Aguirre bagi aksi Piala Dunia bermula 11 Jun hingga 19 Julai depan, sama ada sebagai penjaga gol utama atau sebaliknya.