Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penjaga gol Sepanyol cipta rekod dunia

unai simon

Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, melakar sejarah bola sepak selepas mencatatkan rekod dunia baharu bagi tempoh tanpa bolos (clean sheet) terpanjang dalam sejarah Piala Dunia.

Kejayaan Sepanyol menewaskan Austria menyaksikan pasukan itu mengesahkan slot ke pusingan 16 dan akan menentang Portugal bagi penentuan ke suku akhir.

Dalam perlawanan itu, Simon memamerkan aksi luar biasa untuk melebarkan rekod tanpa bolosnya kepada 519 minit di pentas terbesar dunia itu.

Pencapaian itu meleburkan rekod lama yang bertahan selama lebih tiga dekad.

Simon mengatasi rekod terdahulu milik penjaga gol legenda Itali, Walter Zenga (518 minit), yang mana rekod bersihnya terhenti pada minit ke-67 menentang Argentina dalam separuh akhir Piala Dunia 1990.

Aksi tangkasnya menyelamatkan gawang ketika menentang Austria merupakan perlawanan kelima berturut-turut tanpa bolos buat Simon dalam saingan Piala Dunia, bermula sejak edisi 2022 di Qatar.

Rekod Dunia Guinness mengesahkan pencapaian itu secara rasmi melalui hantaran di platform X semalam.

Rekod Simon itu merangkumi dua edisi Piala Dunia, iaitu edisi 2022 dan 2026.

Bagi edisi 2026, dia mengekalkan rekod bersih selama 360 minit ketika menentang Cape Verde, Arab Saudi dan Uruguay di peringkat kumpulan, serta Austria dalam pusingan 32, menambah rentetan 159 minit tanpa bolos yang dilakukannya di Qatar empat tahun lalu.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video