Pemain pertahanan Argentina, Lisandro Martinez, melontarkan pandangan bahawa pegawai perlawanan telah menjalankan tanggungjawab sepanjang kempen Piala Dunia 2026 dengan 'sangat baik' sekali gus menolak sebarang kontroversi membabitkan pengadil perlawanan.
Terdahulu, Mesir mengkritik keputusan pengadil ketika kakalahan dramatik 2-3 negara di ranking ke-24 dunia itu kepada Argentina dalam saingan pusingan 16 terakhir.
Argentina mara ke suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1 dengan permainan berbaki 11 minit untuk menyingkirkan Mesir.
🇦🇷 Lisandro MartĂnez, speaking to AS, responded to claims that referees have been favoring Argentina:
🗣️ “The referees are doing an excellent job. The controversy is something you in the media create. We are focused on doing our best on the pitch.”
He described the allegations…— Sportica (@SporticaMedia) July 11, 2026
"Tidak, langsung tiada apa-apa. Saya fikir mereka melakukan tugas dengan sangat baik. Itu sesuatu yang anda (media), yang kadangkala menimbulkan kontroversi.
"Kami memberikan yang terbaik di atas padang dan tidak lebih daripada itu." katanya.