Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Park Hang-seo mohon maaf

ada

Ketua delegasi Korea Selatan, Park Hang-seo, memohon maaf kepada penyokong pasukan Pahlawan Taegeuk susulan penyingkiran negara itu di peringkat kumpulan dalam kempen Piala Dunia 2026.

Dia yang turut pernah menjadi jurulatih Vietnam itu tiba bersama bekas jurulatih yang baru meletakkan jawatan, Hong Myung-bo, di Korea Selatan awal pagi tadi dengan kawalan rapi hampir 160 polis susulan terdapat protes yang dilakukan penyokong di lapangan terbang.

"Sebagai ketua delegasi (Korea Selatan) ke Piala Dunia, saya memohon maaf yang mendalam kepada KFA kerana gagal memenuhi jangkaan orang ramai pada Piala Dunia 2026.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

"Para pemain, kakitangan kejurulatihan dan pasukan sokongan telah melakukan yang terbaik untuk membuat persiapan untuk kejohanan itu, tetapi kami gagal memberikan keputusan yang akan membalas sokongan orang ramai.

"KFA mesti membuat refleksi secara mendalam, membuat semakan semula dan ingin membantu Korea lebih maju ke hadapan.

"Terima kasih kepada peminat yang menghantar sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami semasa kejohanan dan satu lagi permohonan maaf secara ikhlas (kepada penyokong). Terima kasih anda semua telah bekerja keras". kongsinya seperti dipetik MakanBola.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video