Perjalanan Jerman terhenti di pusingan 16 terbaik selepas tewas menerusi sepakan penalty 3-4 kepada Paraguay di Stadium Boston, Foxborought, sebentar tadi.
Aksi penuh drama itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 90 minit permainan hasil jaringan Kai Havertz buat Jerman dan Julio Enciso buat Paraguay.
Meskipun Jerman mendominasi penguasaan bola namun tambahan jaringan dalam babak kedua buat Jerman dinafikan video bantuan pengadil (VAR).
Kai Havertz, Nick Woltemade dan Jonathan Tah gagal sempurnakan sepakan penalti buat Jerman.
🚨🚨❌ BREAKING: GERMANY ARE OUT OF THE 2026 WORLD CUP, ELIMINATED BY PARAGUAY! pic.twitter.com/1SidnstKUw
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 29, 2026
Kemenangan itu menyaksikan Perancis mahupun Sweden menanti Paraguay dalam pusingan 16 nanti.