Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Neymar tercicir lagi, tak ikut rombongan hadapi Haiti

l

Persatuan Bolasepak Brazil (CBF) memaklumkan bintang mereka, Neymar, tidak akan turut serta dalam perjalanan juara lima kali itu ke Philadelphia untuk menentang Haiti dalam perlawanan kedua Kumpulan C, Piala Dunia 2026, pagi esok.

"Dia akan kekal di New Jersey untuk memanfaatkan sepenuhnya peringkat akhir pemulihannya, dengan memanfaatkan kemudahan terbaik di hotel The Ridge dan pusat latihan Columbia Park," menurut satu kenyataan CBF, sebentar tadi.

Pemain berusia 34 tahun itu dilihat menjalani latihan bersama skuad utama selepas memanaskan badan secara berasingan dengan memakai but dan memegang bola dalam sesi latihan semalam.

Bekas penyerang Barcelona dan Paris St Germain itu mengalami kecederaan betis kanan dalam kekalahan 0-3 Santos kepada Coritiba bulan lalu, kecederaan dan masalah fizikal terbaharu dalam tempoh yang lama dan tidak mewakili skuad samba itu hampir tiga tahun.

Brazil mengutip satu mata selepas memulakan kempen Piala Dunia dengan keputusan seri 1-1 dengan Maghribi -- gelagat Neymar yang tidak dihiraukan oleh rakan sepasukan, Vinicus Jr, ketika rehat permainan -- manakala Haiti berada di tangga tercorot kumpulan selepas tewas kepada Scotland.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video