Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Naib juara 2022 ke suku akhir dalam aksi hangat 37 darjah Celsius

France

Naib juara 2022, Perancis, terpaksa menunggu sehingga minit ke-70 untuk jaringan tunggal 1-0 menewaskan Paraguay dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia di Philadelphia, sebentar tadi.

Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, sekali lagi menjadi wira juara 2018 itu dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk pasukan bimbingan Didier Deschamps itu ke suku akhir kejohanan bola sepak paling berprestij itu musim ini. 

Selepas 19 perlawanan Piala Dunia, kini penyerang utama Les Blues itu telah menjaringkan 19 gol. 

Meskipun lawan di ranking ke-34 dunia itu berjaya mengimbangi permainan, namun Perancis kerap melancarkan serangan walaupun buntu di hadapan dalam kotak penalti. 

Umum mengetahui bahawa kedua-dua pasukan bertarung dalam cuaca panas sehingga mencecah 37 darjah Celsius, namun ia tidak mematahkan semangat Perancis untuk mencipta kemenangan. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video