Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Murah rezeki, pertahanan Perancis belanja orang kampung piza setiap perlawanan

k

Pertahanan Perancis, Maxence Lacroix, memesan piza untuk dihantar ke kampung halaman di Ajat apabila membabitkan perlawanan pasukan kebangsaan itu.

Usaha ini dilakukan oleh keluarganya dengan ibunya bertindak untuk membuat pesanan dan dijamukan di sebuah tempat mereka berkumpul menonton perlawanan Piala Dunia 2026.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha dewan bandaraya tersebut tanpa mahu namanya dikenali dengan berkata: "Idea ini datang daripada dia sendiri. Kami tidak begitu terkejut atas dasar memang sudah masak dengannya. Dia sentiasa bermurah hati dan tidak lupa dengan kampung halamannya. Hatinya sangat dekat di sini."

Seramai 300 penduduk di situ menikmati makanan dan meraikannya sambil menonton aksi aksi pertahanan berusia 26 tahun itu di kaca televisyen ketika membantu kemenangan 3-1 Perancis ke atas Senegal.  

Finalis edisi lalu itu akan meneruskan aksi Kumpulan I bertemu Iraq pula di Stadium Philadelphia, Amerika Syarikat, pada Selasa depan.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video